HAI GAISS ! lama betul biar blog berhabuk meh kita kasi tiup sikit fuhhh fuhhh hahaha kelas kau mariaa ! hahaha setelah dua tahun berhempas pulas untuk SPM , kalini hakak dah lepas dan era tu . bermulalah era masuk highway , tadi tu baru masuk tol je hahah . Ingatkan masa tunggu result keluar ni best hmm rupanyaaa bosan gilaaaaaaa gilaaaaa tahapp gilaaaa ahaha .
tapi bestla sebab lepas tamat spm je, seminggu lepastu dapat travel dgn family 🙈 . Okay ni yang nak cite ni pengalaman hakak kat HONG KONG, CHINA !!
Selasa (5/12/2017)
Kitorang gerak dari rumah ke Melaka Sentral (Stesen Bas) dengan menaiki Grab Car . Disebabkan kitorang berlengah-lengah , jadinya , memang lambat ah kene tunggu grab car . Kitorang pulak duk jauh nun pedalaman , taklah jauh sangat daripada bandar tapi memang jalan ke rumah banyak laluan sampaikan driver grab car memang selalu terlepas jalan hahaha. lepastu tambah lagi dengan dah malam , mane ada driver available . Fyi, bas terakhir yang ada adalah pukul 12 dan flight kitorang awal pagi. Thats why kitorang amik bas malam hehe. Plus, we need MPV car sebab beg roda kitorang je sorang satu hahaha belum tambah dengan beg kecik lagi hahaha naya betul . So, kitorang decide nak amik kete MPV at first . Tapi tula, non of them yang available. Pastu,kitorang cadanglah nak booked dua kereta biasa tapi masalahnya cuma ada satu kete je available hm.
Awal-awal dah siap dah beg roda sorang sebijik ha kat depan rumah , tapi keretanya tak sampai-sampai . Lama gak menunggu . Akhirnya, sampailah driver kat depan rumah, tupun dia terlajak hahaha . Sebelum dia sampai, my dad called her brother to send us to Melaka Sentral . Nasiblah dia ada :) So, naik dua kereta lah iaitu kereta Myvi dan kereta Wish hehe . Bas bertolak pukul 12 malam and kitorang janji dengan kawan babah pukul 1140 malam . And masatu we felt like our heart jumped into our mouth sebab kitorang bertolak dari rumah pukul 1130malam, fuhh dedauuuu 10 minit je lagi . Alhamdulillah sampai tepat pada masanya tapi terlajak 5 minit apeniii janji melayuuu hahaha.
After the payment, we thanked the driver and my aunt . Kitorang pun terus menuju ke bas kitorang, ade yang tengah masukkan beg roda kat bonet bas, ada yang dah selamat masuk dalam bas haha tapi kitorang ngam ngam sampai haha . Sampai je terus cari budak kecik nama arshad ni . Fyi lagi, kitorang pergi dengan family bff babah - Uncle Bashar and familyy ! memang diorang tu sekepala la dengan kitorang. Diorang ade 2 orang anak . Sorang nama Nadia (sebaya adik aku nombor dua) , sorang lagi arshad (si kecik ni). Senang cite memang sekepala la . Lagipun uncle bashar tu memang dulunya travel agent , so dia memang pakar ba bertravel . Bayangkan tahunni je dia dah pergi 6 kali luar negara fuhh memang kaki jalan betul . Dah tak payah dah cari agent agent ni , sebab dia jenis yg suka explore tempat orang hehe terbaikk.
Okay pastu kitorang pun naik bas . Tepat je pukul 12 malam, bas pun bertolak ..
LESSON LEARNED !
BOOKED AWAL AWAL GRAB CAR , JANGAN DAH NAK GERAK BARU NAK BOOKED .
SEBELUM TRAVEL, BUAT DULU SOLAT HAJAT KAT RUMAH, MOGA PERJALANAN KITA DIPERMUDAHKAN DAN DIBERKATI ALLAH .
okay nanti akak update untuk hari seterusnya okayy . stay tuneddd !