Duhai Hati

14:07


Assalamualaikum hati,

Tuhan telah beri aku hati yang putih dan bersih sejak aku lahir,
sucinya bak kain putih tiada kotor sedikitpun.
Tiada apa yang boleh mengalahkan hati yang bersih kala itu.

Tapi mengapa,

Aku sendiri yang mengotorkan hati aku.
aku yang mengajar hati untuk berdendam.
Aku tidak berdamai dengan diri sendiri.

Mengapa aku seperti itu.

Sudahlah hati, maafkanlah dia.
Allah boleh memaafkanmu,
Kenapa,
kau masih pilih untuk berdendam?
kenapa kau masih pilih untuk tidak memaafkan..

Tiada apa yang ada di dunia ini yang kekal,
ajarlah hati untuk berdamai dengan takdir
berdamai dengan masa lalu
berdamai dengan diri sendiri.

Biarkan apa yang mereka ingin buat terhadap kamu,
biarkan saja.

Allah kan ada.
Serahkan semua kepada Allah.
Dia sahaja tahu apa yang terbaik buatmu.
Kamu tidak perlu buat kerja Tuhan.
Biarkan Allah sahaja yang tahu.

Oh hati,
bersabarlah dan berdamailah.

Allah tarik satu, tapi nikmat lain Allah bagi banyak sekali.
Kau sekarang masih punya keluarga yang amat menyayangi kau oh lupakah kau.
Kau punya kerja yang bagus dan stabil oh lupakah nikmat kekayaan kau.
Kau punya kekasih baru yang bantu dan berada di sisi lebih bagus dari dia oh lupakah kau.
lupakah kau terlalu banyak nikmat yang kau sendiri tidak terhitung..

Tidak mengapa,
perlahanlah untuk melepaskan
perlahan tapi berjalan
lama-lama akan jadi kebiasaan.

tidak perlu berdendam
tidak perlu menyakitkan.
maafkan, berdamai, lupakan..

semua yang terjadi atas kehendakNya
Siapa aku untuk melawan takdir
Siapa aku untuk buat kerja Tuhan

Kau sudah pergi jauh sampai tahap ini.
aku bangga. teruskan..

Maafkan aku, hati..

3 July 2023 5:06am

You Might Also Like

0 comments