Tarikh Cantik

05:51


Aku fikir ianya normal untuk mengabaikan apa yang aku rasa selama ini.
Aku kadang diam walaupun kadang hati ini bentak mahu bercerita,
cuma aku anggap ianya kemalasan untuk bercerita.

Rupanya memang karakter diriku adalah seorang yang memendam,
sehinggakan semua rasa berkumpul dan meletus,
waktu itu aku akan mula mencari cara untuk mengawalnya..

Ini tempat rahsiaku, tempat aku curah apa yang aku rasa.
Harini tarikhnya cantik.
orang keliling, kawan2 menyunting hari ini sebagai hari bahagia..

Dikala orang lain bahagia,
Aku pulak, memandang dengan sedih hati,
Bila masa tepatnya untuk aku melaluinya lagi?

Aku tidak seperti aku yang dulu lagi.
Aku lebih memendam kalini,
Kurang bercerita tentang rasa,
dan sakit terus menerus menembak di dada.

Orang melihatku seperti akulah orang paling berjaya.
Tetapi lain benar dengan apa yg aku rasa..

Aku tidak punya hala tuju,
Aku tidak seperti dulu..

Aku kini lebih pilih untuk berdiam diri
dan menyerah diri kepada takdir
seolah apa yang datang kepadaku, itulah ia.

Aku takut hendak membuat keputusan
Aku takut hendak membuat rancangan

semua aku serah kepada kekasih hatiku..
Orang yang paling baik, paling ingin tahu tentang diriku..
Aku serahkan semua kepadanya..

Maafkan aku..
Ini semua salah diriku sendiri..

Semoga semuanya dipermudahkan untukku.. 
Semoga takdirku lebih baik kalini..

Amin

9:50pm 11/11/23



You Might Also Like

0 comments