Ini Cinta saya

08:45


Siapa sangka waktu ini telah tiba,
Waktu aku dan dia melakukan anjakan paradigma,
Satu-satu kami tempuh, perit bukan kepalang..
Hari ini 20 Disember 2023, tarikh Cinta ke Umrah bersama keluarga,
Yang lelaki berbaju Ungu dan yang ibunya berbaju hijau.

Keluarganya sangat baik terhadapku,
sehingga aku yang malu kerana keluargaku yang skeptikal terhadap kami..

Masa silamku yang menyebabkan kami dihakimi,
setiap perbuatan aku dihakimi malah yang lebih teruk, perbuatan Cinta juga dihakimi.
Kasihan dia, terpaksa melaluinya bersamaku
sedangkan takdir hidupnya boleh lebih baik dari ini.

Cinta.
Saya akan ingat pesan Cinta untuk sama-sama pertahankan.
Cinta sangat matang dan tidak cepat melatah.
Kami suka berbincang dan meluahkan.
Aku tak sangka yang kami sekepala dalam segala hal.
Agamanya lebih kurang diriku, apa yg dia rasa, aku pun rasa juga.
Cumanya, dia lebih hebat mengesan rasa.

Cinta.
Terima kasih kerana sudi menerima baik burukku.
Terima kasih kerana selalu ada susah dan senangku.
Terima kasih kerana kisah segala hal tentang diriku.

Selamat berangkat ke Bumi Madinah & Mekkah, Cinta <3
Semoga Cinta dapat rasa apa yg saya pernah rasa,
Supaya kita dapat sama-sama berkongsi rasa dan bersama rasa.
Semoga dipermudahkan perjalanan Cinta, diberi kesihatan yang baik 
& mendapat Umrah yang mabrur..

Maaf tidak dapat menunjukkan Cinta di Media Sosial selalu..
Risau ada orang iri dan sakit hati..
Biarlah di sini tempat aku meluah rasa, 
suatu hari aku akan tunjuk kepadamu tempat rahsiaku ini..
Suatu hari nanti..

Your dearest,
Erin
20/12/23 | 12;44am

You Might Also Like

0 comments